About

Tuesday, March 8, 2011

UMNO..Jangan Sampai Menang Sorak..Kampung Tergadai..

"Jika diimbau pada pilihanraya tahun 1999, pada peringkat awalnya munculnya pengaruh media baru, kita telah bersikap tidak acuh. Semasa pilihanraya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Natijahnya, semasa pilihanraya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dengan lamunan dek kegagalan memahami kuasa media baru.."




Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak




salam seDunia..


Jika dilihat senario politik hari ini, ternyata pola strategi menawan hati rakyat kali sangat berbeza dengan pola strategi dahulu. Jika dahulu, cukup dengan kita turun kawasan, bertegur-sapa, menganjur kenduri itu-ini, membantu warga yang susah, kita sudah boleh memancing undi mereka. Namun pada hari ini semua itu masih belum memadai memandangkan pemikiran rakyat semakin celik dewasa ini.


Dengan kebebasan media yang meluas pada hari ini, rakyat lebih mudah terpengaruh dengan doktrin-doktrin yang disebarkan oleh parti politik khususnya pengundi muda. Dan berani juga asam mengatakan di sini, pembangkang telah memonopoli hampir setiap medium yang ada di dalam internet.


Ya..kita berasa semakin yakin dengan keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlaku akhir-akhir ini berpihak kepada BN kembali. Alhamdulillah..namun itu masih belum boleh dijadikan kayu pengukur bagi menentukan kemenangan sebenar BN di Pilihanraya Umum akan datang.
Politics is a game of numbers..
Pernah anda terfikir berapa kemasukan ahli baru dalam UMNO Bahagian / Barisan Nasional sepanjang 2-3 tahun ini? Pernah anda selidik berapa jumlah yang sudah mendaftar SPR pada tahun ini? Pernahkah anda membuat analisa dalam jumlah yang baru didaftarkan itu, berapa pula yang Pro-BN dan UMNO? Pernah anda selidik berapa lama masa yang diperlukan bagi memproses pendaftaran pengundi baru? Jika jumlahnya berpihak pada kita, Alhamdulillah.. jika tidak? apa tindakan yang patut kita buat bagi memastikan kemenangan di PRU akan datang?




Sinar 8hb. Mac 2011
Khalid Gagap dengan konfiden menyatakan bahawa BN sukar tawan kembali Selangor pada PRU-13. Kenapa beliau berani menyatakan sedemikian? Ini adalah kerana pembangkang telah mendahului BN dalam pendaftaran pengundi baru.


Dewasa ini..pemimpin sudah mula turun padang baik ke kawasan PRK mahupun dalam kawasan masing-masing. Hampir semua merekodkan tindak-tanduk mereka baik dalam segi gambar, video mahupun posting di laman sosial seperti facebook, twitter dan mungkin blog. Dari satu sudut, ada baiknya mereka memaklumkan pada dunia tentang perlakuan mereka. Sekurang-kurangnya, dapat juga rakyat menilai tahap bekerja mereka dalam parti. Ini sedikit sebanyak dapat membantu menarik minat orang-orang muda untuk menyertai UMNO. Syabas diucapkan!


Realiti
Strategi peperangan menuju PRU akan datang memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dari pemimpin BN. Mereka harus mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang sangat kuat. Mereka bukan sahaja perlu turun kawasan, bertegur-sapa dengan rakyat, membantu semampu yang boleh pada rakyat yang kesusahan dan pelbagai lagi, malah mereka harus belajar menguasai medan maya. Ini yang seharusnya diterapkan pada semua bahagian. Statistik menunjukkan bahawa pengundi muda lebih gemar melayari internet dari melihat kaca televisyen atau akhbar. Pemimpin BN/UMNO harus mencari pendekatan terbaik bagi menarik minat pengundi muda agar turut bersama BN/UMNO. 


Fakta
Ini bukan kerja sehari-dua ataupun kerja seorang pemimpin. Gerak kerja sebegini memerlukan seramai yang mungkin dengan kepakaran masing-masing disatukan dengan satu matlamat iaitu menang Pilihanraya ke 13. Fikirkanlah..


p/s: work unusual BN !! 



No comments:

Post a Comment