About

Sunday, March 13, 2011

Demo Aman Desak DNA Anwar Al-Juburit !

salam seDunia..


Pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi, satu demostrasi aman telah dianjurkan oleh badan NGO Selangor iaitu GAPS, PERKASA, MIC Subang dan beberapa NGO lain bagi mendesak Anwar Al-Juburit supaya memberi DNA beliau kepada Polis. Demonstrasi ini diadakan serentak mengikut negeri iaitu di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain.


Dalam demonstrasi aman ini, Pengerusi GAPS, Sdr. Hamidzun telah mendesak supaya tiada layanan istimewa diberikan kepada Anwar dan beliau mendesak agar Anwar tidak berdolak-dalih dalam memberikan DNA beliau kepada Polis.
Ketua Wira Perkasa Malaysia, Sdr. Armand Azha juga hadir dalam demonstrasi aman ini dan beliau juga memberitahu bahawa rakyat Malaysia semakin bosan dengan sandiwara Anwar melengah-lengahkan perbicaraan. Jika benar Anwar merasakan dirinya tidak bersalah, maka bekerjasamalah dengan pihak Polis supaya perbicaraan dapat dijalankan secepat mungkin. Adalah amat ketara bila tindak-tanduk Anwar melengah-lengahkan perbicaraan dengan sebab-musabab yang sangat banyak, membuktikan bahawa Anwar semakin kecut dengan pertuduhan terhadap beliau.


p/s: Jika tak meliwat..kerjasama ajelah..mangkok! Mana Pemuda Selangor? Tido ker main golf?
Anwar Al-Juburit Harus Bertaubat!

1 comment: