salam seDunia..
asam mulakan posting ini dengan seribu kemaafan, bukan niat untuk memandang enteng Umno itu sendiri akan tetapi kebenaran harus disampaikan supaya pemimpin Umno mula membuka mata dan telinga mendengar realiti sebenar suara pengundi di Kelana Jaya khususnya di zon Kelana Jaya Utara.
Al-kisahnya..
hampir setiap malam aku pasti akan minum nescafe tarik bersama kawan-kawan di sekitar Kelana Jaya. Entah macamana malam tadi, aku terlalu depan kedai seorang kawan di Dataran Glomac lalu di sapa oleh kawan-kawan yang kebetulan sedang minum disitu..dipendekkan cerita, aku pun ‘join’lah mereka. Perbualan kami pada mulanya hanya sekadar sembang-sembang kosong mengenai pelbagai isu harian seperti Tsunami di Jepun, sembang mengenai Astro termasuklah dengan bantuan Kerajaan pada mangsa Tsunami di Jepun. Kemudian salah seorang kawan bertanya, “Umno sini tak ada program ker? sunyi jer?”. Aku pada mulanya hanya mendengar perbualan mereka sambil menonton Astro cerita Van Damne mula memasang telinga. “Dorang ni cakap nak rampas Selangor baliklah! itulah..inilah tapi tak nampak pun batang hidung kat kawasan kita ni..” bentak kawanku lagi..aku senyum mendengar keluhan kawan tu ”entahlah bang..tunggu pilihanraya kot?” jawapku. “kalau pilihanraya baru nak tayang muka..alamatnya memang kena sembur laa” perli kawan aku seorang lagi..
Aku bagitau diorang yang UBKJ ada buat beberapa program tapi di zon lain seperti di Lindungan & Penaga. “Awat buat program kat sana jer..awat sini takda pengundi?” tanya kawanku lagi..”kedai aku tu ada 25 pekerja belum daftar SPR lagi..awat depa tak mai daftarkan? tu baru kedai aku..belum campoq pekerja Tam ni lagi..orang PKR dok hari-hari tanya depa ni dah daftar SPR ker belum..”ulas kawanku dengan panjang lebar..”abis tu abang cakap apa kat PKR tu” tanya aku .."aku jawap depa semua dah daftar dah..walhal belum! Takkan aku nak depa daftar PKR walhal aku ni orang Umno! Aku membesaq dengan Umno, mak ayah aku orang Umno, aku dulu mengaji sampai Universiti pun Umno yang tolong dapatkan biasiswa..Alhamdulillah! laa ni bila aku berjaya aku nak balas balik jasa Umno tang mana yang aku mampu..aku majikan depa..aku nak pekerja aku tau jasa Umno yang telah mendidik anak bangsa Melayu macam aku nih jadi manusia yang berguna pada masyarakat..” hujah kawanku yang semakin berkobar-kobar..”politic is a game of numbers..depa berdentam-berdentum dok buat program tang sana, turun PRK merata Malaysia..tempat sendiri hangpa tak nak jaga? taknak tambah pengundi baru? hangpa habaq kat aku lagu mana DUN Seri Setia ni boleh menang?”
Aku terkedu mendengar hujah kawanku..”abang tak try call depa kaa?” saja aku bertanya..”abang ada jemput depa mai masa abang buat kenduri bukak kedai abang dulu..abang jemput Ketua Bahagian, abang jemput Ketua Pemuda tapi yang mai Ketua Puteri Jaja..bila abang tanya mana Ketua Pemuda..wakil habaq kata dia sibuk! Ya laa..kita kalau boleh nak gak kenai dengan Ketua Bahagian, Ketua Pemuda Kelana Jaya ni..nak gak tau orangnya macamana, apa perancangan depa nak menangkan DUN Seri Setia ni..kot-kot ada yang kami boleh bantu..nak juga kami membantu..ni kenai pun dari jauh, ajak pun tak mai..camna kita nak bantu..tui dak?” keluh kawanku lagi..kami berempat yang lain hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju..”bulan April nih Insyallah abang nak buat kenduri lagi sekali, abang try jemput depa lagi..nak tengok depa mai tak kali ni..” bicara kawanku menutup hujah hangatnya..
Ulasan:
memang tak dinafikan UBKJ ada membuat program berbentuk kemasyarakatan seperti gotong-royong Perdana, Karnival Sukan, gotong-royong memasak bubur lambuk dan sebagainya..malah setiap program tersebut direkodkan dan dipamerkan dalam laman sosial seperti facebook. Jika dilihat dari susur galur program yang dijalankan, rata-ratanya lebih kepada kawasan Lindungan, Penaga & Dato’ Hormat. Kenapa yer? Setahu asam Kelana Jaya terbahagi kepada 7 Zon iaitu zon Penaga, zon Lindungan, zon Subang Jaya, zon USJ, zon Sungai Way, zon Kelana Jaya Utara dan zon Kelana Jaya Selatan. Acap kali program yang diadakan pasti akan dilaksanakan di zon Penaga dan zon Lindungan. Bagaimana pula dengan zon-zon lain? Bukan maksudnya disini kami cemburu dengan kelebatan program-program dianjurkan di kawasan sana tapi adalah seribu kali lebih baik jika diseratakan program-program itu di setiap zon yang ada di dalam kawasan Kelana Jaya ini.
dari perbualan kami mengenai isu panas tadi, asam merasakan tiada pengkhususan pembahagian tugas dalam UBKJ..jika ada sekali pun, individu yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan penambahan pendaftaran pengundi baru tidak melakukan tugasannya secara efisyen. Efisyen disini bermaksud, tiada satu gerak kerja berkumpulan memantau dimana terdapat potensi pengundi baru di kawasan sekitar Kelana Jaya. Memang benar PPUKJ ada membuat program semakan daftar pengundi di hampir setiap zon, asam ucapkan tahniah kerana berani menampilkan inisiatif baru bagi menarik pengundi Kelana Jaya. Berada di pihak yang kalah tidak semestinya semangat kita juga kalah. Jika kita nekad untuk merampas kembali DUN Seri Setia dari PKR, seharusnya pemimpin perlu turun kawasan..’personal touch’ dengan rakyat dibawah. Jangan mengambil sikap mudah dengan menunggu siapa bakal terpilih menjadi calon dan baru hendak turun kawasan. Pendekatan ‘personal touch’ sepatutnya telah lama dipraktikkan oleh pemimpin Umno jika mereka mahu menawan kembali DUN Seri Setia. Dengan kekerapan turun kawasan, ikhlas menyelami hati dan masalah rakyat dapat membina persahabatan bersama rakyat, barulah kepercayaan rakyat terbina dengan sendirinya bahawa Umno serius dalam usaha untuk menawan kembali DUN Seri Setia.
Bayangkan, jika asam tiada dalam perbualan kawan-kawan asam awal malam tadi, apakah mungkin asam tahu akan suara 4+25 pengundi belum berdaftar di Kelana Jaya ini? apakah mungkin ada ‘posting’ ini? Ini baru perbualan di satu sudut kecil dalam kawasan Kelana Jaya Utara..bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain seperti di Glenmarie, USJ, Subang Jaya dan zon lain-lain?
Kelana Jaya sebuah tempat yang pesat membangun, dari pemerhatian asam selama 31 tahun bermastautin di kawasan Kelana Jaya..terdapat banyak sekali penempatan baru yang dibina di sini. Kelana Jaya ada kuarters kastam, kuarters polis, pangsapuri mentari, UniTar, kondominium, penempatan semula di Lembah Subang dan banyak lagi. Apakah mungkin ada satu gerak kerja berkumpulan bagi memantau danmencari potensi pengundi baru khususnya golongan pengundi muda dijalankan? Jika ada, Alhamdulillah..jika masih tiada, maka seharusnya Umno Kelana Jaya melakukan sesuatu yang drastik kerana statistik pendaftaran pengundi baru menunjukkan bahawa kita masih ketinggalan. Perlu diingat bahawa pada PRU yang lepas, DUN Seri Setia telah jatuh ke tangan PKR dengan majoriti sebanyak 2,863 undi manakala DUN Subang telah jatuh ke tangan DAP dengan majoriti yang amat besar!
Statistik terbaru DUN Seri Setia menunjukkan jumlah pengundi baru yang telah berjaya didaftarkan ke SPR adalah seramai:- Melayu, 989 orang – Cina, 438 orang – India, 415 orang – Lain-lain – 592 orang, membawa ke jumlah 2,434 orang pengundi baru. Jumlah ini masih belum mencukupi jika mahu menang Dun Seri Setia. Lebih malang bila pengundi Melayu terbahagi kepada 3 kumpulan mengikut parti iaitu Umno, PKR & Pas.
Senario politik pembangkang yang semakin carca merba kebelakangan ini sudah pasti akan memberi reaksi positif rakyat terhadap perjuangan Barisan Nasional. Rakyat Selangor sudah mula menyedari kesilapan memangkah Pembangkang pada PRU yang lepas telah membuatkan rakyat Selangor menderita dibawah pemerintahan Pembangkang. Namun walau dukacitanya rakyat Selangor sekalipun, jika Barisan Nasional tidak mengambil peluang ini dengan meramaikan pendaftaran pengundi baru khususnya pengundi muda yang mencecah hampir ratusan ribu bilangannya di Selangor, maka tiada gunanya kita mengharapkan kemenangan besar di PRU akan datang. Ini kerana Pembangkang begitu konsisten dalam pendaftaran pengundi baru.
p/s: seseorang pernah berkata, otak aku ni kecik..bila kita ramai-ramai cantum buah fikiran..jadi besar la otak tu! By the way..Pengerusi Zon KJU ada kat mana yer?
I Lay It Out For Y'all To Figure It Out
Anwar Al-Juburi Harus Bertaubat !
No comments:
Post a Comment