About

Monday, March 7, 2011

Bila Kepimpinan Buta IT & Buta Hati..

salam seDunia..


Alhamdulillah Barisan Nasional telah menang dalam siri Pilihanraya Kecil Kerdau & Merlimau dengan majoriti yang amat membanggakan. Gerak kerja yang tersusun dan jitu memainkan peranan penting bagi memastikan kemenangan yang cemerlang di Pilihanraya Kerdau & Merlimau. 


Okay..bab gerak kerja ni, kita semua faham bahawa strategi turun padang bertemu pengundi memanglah biasa dalam siri pilihanraya. Bukan saja itu..malah siri ceramah, pengedaran flyers, khidmat bantuan kemasyarakatan dan pelbagai program turun padang pasti dilakukan bagi menarik hati pengundi terhadap parti politik. Syabas dan Tahniah asam ucapkan pada jentera Barisan Nasional.


Namun posting kali ini bukan untuk meraikan kemenangan BN. Posting kali ini adalah khas untuk Kepimpinan Media Batu Barisan Nasional. Sepanjang siri Pilihanraya Kecil yang berlaku dalam Malaysia 2-3 tahun ni, apa peranan UMB selaku pemangkin BN dalam Perang Maya? 


Setujukah anda jika asam mengatakan, peperangan maya BN selama ini dimonopoli oleh gerakan bebas? Gerakan bebas ini lebih dikenali dengan gelaran NYAMUK. Gerakan ini terdiri dari facebookers, bloggers, twitters, YouTubers. Nyamuk ini pantas dalam menyalurkan maklumat ke alam maya untuk santapan para pembaca maya yang semakin hari semakin berlambak dalam Internet. Ketepatan maklumat yang berterusan baik dari segi maklumat BN mahupun maklumat Pembangkang telah berjaya dihidu oleh Nyamuk ini bagi memecah kebuntuan dalam memenangi hati pelayar Internet. 
Apakah ada some sort of appreciation untuk nyamuk-nyamuk ini? jawapannya HARAM !


Asam mengalaminya sendiri dalam beberapa pilihanraya dimana kami seolah dianak-tirikan oleh BN sendiri. Sudahlah nak dapat maklumat susah, at least bagilah sedikit kelonggaran kepada kami untuk membantu BN. Lebih menyedihkan apabila artikel, posting, hasil karya kami di CILOK oleh group elitis. Group elitis ini dengan tanpa rasa malu dengan selamba menggunapakai hasil karya kami dalam laporan-laporan mereka seolah-olah mereka yang membuat kerja itu semata-mata memenuhi laporan mereka pada pihak atasan. Dengan laporan 'lengkap' mereka, maka mereka boleh mendapat habuan imbuhan atas hasil 'kerja' mereka. Hakikatnya, kami yang terpaksa menggunakan kepakaran yang kami ada untuk menyelinap ke dalam kem BN & Pembangkang bagi mendapatkan maklumat. 


Kami bukan mahukan apa-apa jawatan mahupun projek. Kami ikhlas berjuang di dalam BN hanya untuk mempastikan kemenangan BN dalam Pilihanraya Umum akan datang. Apa yang kami harapkan agar ada sedikit penghargaan dari pihak atasan BN kepada kami. Inilah satu-satunya kebolehan yang kami ada bagi membantu BN untuk menang. Kami tahu ramai kepimpinan BN yang masih buta IT..cukuplah sekadar buta IT..janganlah buta hati sekali..


Strategi gerak kerja yang baik melibatkan semua medium yang ada baik dari segi zahir mahupun maya. Jika ada yang masih berpendapat turun padang sudah mencukupi dan peperangan maya ini tidak penting maka confirm lah anda buta kedua-duanya. 


Wahai pemimpin BN, kami Nyamuk menyeru agar anda semua dengarlah keluhan kami..kami sayangkan BN dan kami sayangkan UMNO. Bersama-samalah kita bekerjasama untuk kemenangan akan datang..


Perjuangan Masih Belum Selesai

Sahutan dari: Flyingkick & PapaGomo

2 comments:

  1. lena di ulit mimpi mimpi indah kot

    ReplyDelete
  2. tak semua hati manusia dimalaysia ni dapat dipuasksn oleh kepimpinan BN...sebab ada sj syitan yg bertopengkan manusia sengaja nak huru-harakan negara,tidak bersyukur dgn apa dgn telah org lama korbankan untuk kemerdekaan malaysia..belajarlah bersyukur..tenangkan hati..jangan nak cr salah org je...muhasabah diri tu dulu..kalau kauorang bagus sgt kenapa tak cuba naik dan jadi pemimpin??

    ReplyDelete