About

Friday, March 18, 2011

Edisi Gombak: Jika Palsu - LAPOR POLIS..Jika Benar - LEPAS JAWATAN !

salam seDunia..

dunia maya telah dikejutkan dengan penyebaran gambar ‘panas’ Ketua Umno Bahagian Gombak bersama kekasih ‘mantap’nya. Gambar panas ini telah dikenalpasti mula dimuat naik dalam sebuah blog Pro-Pembangkang disini milosuam dan disebarkan melalui laman sosial facebook dari sebuah akaun hantu yang dikenali dengan nama Bumiputera Berjaya.  Rangkaian laman sosial facebook sememangnya dikenali dunia sebagai salah satu medium penyebaran maklumat paling efektif buat masa ini. Pendedahan gambar panas ini telah membuatkan cybertroopers Pro-Umno jenuh untuk menangkis serangan yang bertubi-tubi dari pembangkang.

Artikel kali ni bukan untuk membela si tertuduh memandangkan si tertuduh adalah orang Umno, namun artikel kali ini lebih kepada menegakkan apa yang HAK dan dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Dari pengamatan asam terhadap gambar panas itu, sukar untuk meneka samada gambar tersebut adalah gambar yang ‘original’ ataupun ‘super-imposed’. Dengan kecanggihan teknologi editing pada zaman sekarang telah membuatkan seolah-olah gambar itu kelihatan sangat ‘original’. Asam bukan seorang pakar dalam peng’edit’an gambar jadi asam tidak dapat merungkaikan kesahihan gambar tersebut..

Langkah-langkah penyelesaian gambar ini boleh dibahagikan kepada dua:-

1. Jika gambar ini super-imposed..

KB Gombak seharusnya membuat LAPORAN POLIS terhadap penyebar fitnah ini supaya tindakan menghasut, memfitnah, mengaibkan diri KB Gombak ini dapat dihentikan serta-merta. KB Gombak juga harus mengeluarkan kenyataan akhbar, kenyataan video, PENJELASAN bagi membersihkan nama dan harga diri beliau sebagai seorang pemimpin Umno dari sebarang spekulasi/persepsi negatif yang telah dilakukan oleh penyebar terhadap beliau.
Upahlah mana-mana pakar dalam bidang peng’edit’an supaya dapat membuktikan bahawa gambar panas ini adalah satu penipuan. Ini soal harga diri dan maruah, gunakanlah keupayaan KB bagi membersihkan imej KB.

2. Jika gambar ini original..

KB Gombak harus melepaskan SEMUA JAWATAN yang dipegang dalam Umno supaya imej Umno yang dikenali sebagai Parti Melayu dapat dibersihkan dengan serta-merta. Sememangnya bila seorang yang berbangsa Melayu sudah pasti agamanya Islam dan Islam TIDAK PERNAH mengajar penganutnya melakukan perbuatan yang jijik sedemikian rupa!.
Rakyat Gombak TIDAK PERLU pemimpin yang kononnya berjuang mempertahankan institusi Melayu dan Islam tapi pada masa yang sama melakukan dosa yang terlarang disisi agama Islam. Asam yakin ramai lagi yang berkelayakan di Gombak untuk mengisi jawatan sebagai Ketua Bahagian Gombak.

Ulasan:
Asam dan rakan seperjuangan Bloggers Nyamuk bersependapat bahawa kami tidak akan melindungi pesalah jika cukup bukti menunjukkan mereka bersalah. Ini soal PRINSIP! Sifat keterbukaan ini perlu dalam setiap isu supaya kami tidak dipandang bloggers yang berat sebelah! Perlakuan panas seperti di dalam gambar (jika original) ini sudah cukup membuktikan bahawa ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa dan kami Bloggers Nyamuk tidak akan berkompromi dengan pesalah agama Islam. Perjuangan politik tetap perjuangan politik namun jika ia perjuangan menegakkan yang HAK, kami tidak akan sesekali bersekongkol dalam mendapat dosa kering anda.

Jadi kepada KB Gombak, anda harus berani menanggung apa juga natijah dari perbuatan anda sendiri..

p/s: berani buat berani tanggung beb!

BERANI KERANA BENAR!
DNA - Don't Need Anwar !


No comments:

Post a Comment