About

Friday, May 13, 2011

Selamat Ulangtahun UMNO ke-65

salam seDunia..


Sambutan Ulangtahun UMNO ke-65 telah berlangsung dengan gemilangnya di PWTC. Acara bermula dengan Solat berjemaah serta bacaan Surah Yassin dan Tahlil bagi memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH Yang Maha Esa.


Kehadiran pengunjung kali ini adalah seramai 3000 orang. Asam terpanggil untuk hadir bagi menyaksikan sendiri keagungan Perdana Menteri kita dalam menyampaikan amanat beliau supaya UMNO khususnya terus mantap dalam gerak kerja 'Mendahulukan Rakyat'.


Antara soalan menarik Perdana Menteri kepada para hadirin:-


Apakah kita sudah berkhidmat sungguh-sungguh?
Apakah kita rajin turun padang?
Apa kita sudah dapat selesaikan masalah rakyat?
Sudah? 
Jawapan hadirin: Belum!


Sempena Sambutan 65 tahun UMNO, IKRAR kita mesti mendekati hati RAKYAT !
Apakah kita sudah setia pada UMNO?
Apakah jika kita tidak menjadi calon kita akan setia dengan UMNO?
Jawapan Hadirin: Setia !
PM: Saya akan uji masa Pilihanraya nanti..
Jangan ada yang 'hilang' jika tidak dipilih..
Jangan ada yang ke 'luar negara' jika tidak dipilih..
Kita tidak mahu UMNO terkubur seperti parti-parti lain.


Alhamdulillah..UMNO masih belum mengalami nasib sedemikian..
Semuanya atas tangan para pemimpin UMNO bagi mencorakkan perjalanan UMNO menerajui negara..
Kalau kita bekerja kuat, kalau kita 'Mendahulukan Rakyat'..Insyallah
Tahun-tahun mendatang..kita akan terus sambut kelahiran UMNO dengan gemilang!
Tun Mahathir
Nota Kaki:
Ketelanjuran asam berada disana, ada juga asam ditanya, sapa yang jemput? 
Jawapan asam mudah..takda sapa! apsal? tak boleh masuk ke?
Kami Bloggers Nyamuk akan terus memperjuangkan BN khususnya UMNO walaupun acap kali kami tidak diendahkan oleh pemimpin atasan..bukan projek yang kita mahukan..bukan harta yang kami harapkan..kami hanya mahu BN terus mengemudi bumi Malaysia !


Keluh-kesah kawan bloggers: KLIK SINI! KLIK SINI!


p/s: some appreciaton would be nice tho'...

No comments:

Post a Comment