Setahun seminggu yang lalu bumi Kelantan dikejutkan dengan kematian seorang pengawal istana yang telah mati ditembak. Mangsa merupakan salah seorang Pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad (Allahyarham) telah meninggal dunia selepas ditembak oleh seseorang yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang Tumpat. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II 19 hari kemudian.
Kematian ini telah mengundang pelbagai persepsi masyarakat dimana ketika itu Institusi Kesultanan Kelantan berada dalam keadaan yang agak kecoh dimana perbalahan mengenai pelantikan Pemangku Raja Kelantan.
Kini setelah setahun kematian pengawal istana ini berlaku, asam masih menunggu perkembangan terbaru mengenai kes tersebut. Apakah mungkin penjenayah ini telah ditangkap atau mungkin ada sebarang usaha dari Kerajaan Negeri bagi mempastikan keadilan terbela untuk simati dan keluarga arwah..
Ulasan:
Maut pasti akan menjemput kita bila sampai waktunya. Asam berharap agar pembelaan kematian Allahyarham Ramli Mohamad dibela seadil-adilnya. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang mukmin. Kepada keluarga arwah, asam ucapkan takziah dan semoga tabah hadapi dugaanNya.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment