About

Thursday, May 26, 2011

Rakyat Malaysia Tertipu Lagi..

salam seDunia..


Desas-desus mengatakan bahawa semalam berkuatkuasa jam 12 tengahmalam harga minyak Ron95 akan naik lagi sebanyak 20 sen. Justeru itu rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap 'prihatin' akan kenaikan harga ini telah berpusu-pusu menghurung stesen-stesen minyak berdekatan. Hampir setiap stesen minyak di lembah Klang ini penuh dengan deretan kereta-kereta pengguna malah ada yang siap membawa tong minyak 'spare'!.


Namun tepat pada jam 12 tengahmalam, tiada sebarang kenaikan terjadi. Rata-rata pemilik kereta di Malaysia mengeluh bercampur marah terhadap desas-desus mengenai kenakan harga minyak tersebut. Bila asam bertanya pada kawan-kawan yang turut 'prihatin' berhempas-pulas mengisi minyak petang tadi, mereka menjawap sumber berita kenaikan harga minyak itu diwar-warkan dalam medium PR. Kesian..


Ulasan:
16 September Pakatan Tawan Putrajaya masih terngiang-ngiang dalam minda rakyat Malaysia. Hampir seluruh rakyat Malaysia tertipu dengan rekayasa PR yang diketuai oleh Anwar Al-Juburi. Apakah masih kita mahu mempercayai manusia 'depan belakang' ini? Come on la..once is enuff' okay..


Kerajaan BN selama ini yang dituduh menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya, makan duit rakyat dan pelbagai tohmahan lagi telah membuktikan Kerajaan BN hari ini sememangnya Kerajaan yang benar-benar mendahulukan rakyat. Jika ditanya apa yang PR telah lakukan pada rakyat, well..tepuk dada tanyalah selera!
Menteri Kementerian Penggunaan dan Koperasi Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan semalam bahawa harga Ron95, Gas dan LPG akan kekal pada harga yang ditetapkan. Barangkali masa itu, rakyat yang sedang beratur untuk mengisi minyak itu tidak mendengar pengumuman yang dilakukan.


Nota Kaki:
Terima kasih Kerajaan BN kerana prihatin akan kehendak rakyat Malaysia! Terima kasih juga kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia YB. Khairy Jamaluddin atas saranan beliau mengenengahkan rintihan rakyat. Terima kasih dari Kelana Jaya..

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

No comments:

Post a Comment