About

Friday, February 11, 2011

Edisi Kelana Jaya - Sg. Way Sesak Tiba-tiba !!

salam seDunia..


Oh! rupa-rupanya..Perdana Menteri Dato' Seri Najib telah berkesempatan untuk datang ke Kelana Jaya bagi memenuhi Jemputan Sambutan Tahun Baru Cina & Taklimat Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010 pada pagi tadi.
Kehadiran PM telah disambut meriah oleh tarian naga bersempena sambutan Tahun Baru Cina di SRJK Sg. Way. Ribuan penduduk pelbagai bangsa telah menyambut kedatangan PM ke kawasan Kelana Jaya buat julung-julung kalinya. 
Okay..kita mungkin biasa dengan sambutan sebegini namun apa yang menariknya mengenai Taklimat Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010 ini?


Agensi Inovasi Malaysia


Agensi Inovasi Malaysia (AIM) merupakan badan berkanun yang akan melaksanakan agenda inovasi negara bagi menjana kekayaan gelombang baru dan mencapai kesejahteraan masyarakat melalui eko-sistem inovasi. Bagi memulakannya, asas kukuh perlu siap diatur dan bahagian yang penting ialah Akta Agensi Inovasi Malaysia 2010 (AKTA AIM 2010) dan Polisi Inovasi Negara.


AKTA AIM 2010 yang diluluskan oleh Parlimen, memberikan mandat kepaa AIM untuk melaksanakan perubahan yang berkaitan dengan pembaikpulihan landskap inovasi semasa serta mendorong pemegang amanah harta untuk menerima serta menjalankan perubahan yang penting agar pembangunan Malaysia diteruskan. Polisi Inovasi Negara yang disertakan aan menggariskan dasar tindakan untuk Kerajaan Malaysia bagi menyokong Eko-Sistem Inovasi.


Ulasan:
Syabas PM..semoga segala perancangan bagi membangunkan Malaysia berjalan dengan tersusun dan positif !
Comel sungguh rupa bila kita membudayakan semangat 1Malaysia

1 comment: