About

Sunday, February 13, 2011

Edisi Al-Juburi - Anwar Ungguli Carta

salam seDunia..


(maaf lambat upload..pc problem daa..)


Kita semua sedia maklum bahawa pada hari Jumaat bertarikh 11.02.2011 lebih kurang jam 4.00 petang, Ketua Wira Perkasa Malaysia Saudara Armand telah membuat satu laporan polis mengenai perancangan Anwar Al-Juburi. Laporan polis kali ini amat mengejutkan asam di mana, isi kandungan laporan polis itu mengandungi perancangan Anwar Al-Juburi bagi mengelakkan diri dari ditangkap atas pertuduhan yang dihadapinya iaitu LIWAT. Pada mulanya asam berfikir ianya mungkin satu laporan yang biasa memandangkan Anwar Al-Juburi merupakan manusia yang paling banyak dilapor Polis oleh rakyat prihatin Malaysia. Sememangnya Anwar Al-Juburi layak memenangi 'Anugerah Guiness Record For The Most Police Report' ke atasnya.. :)
Anyway, antara isi kandungan laporan polis tersebut adalah:-


 Pendedahan diperolehi daripada Seseorg document bertarikh 9 FEB 2011 jam 1700 bertajuk Bila Dan Bagaimana Anwar Akan Larikan Diri - Bahagian 1 dan 2 [Akhir] ada kebenarannya dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak keselamatan.


 Perbicaraan DSAI akan bersambung pada 14 FEB 2011 tetapi belum ada sebarang tanda-tanda ianya dapat diselesaikan. Ini berdasarkan tindak-tanduk DSAI yang sering menangguhkan perbicaraan dengan mewujudkan pelbagai alasan.


 Dia kini bebas ke luar negara khususnya Amerika Syarikat dan Turki di mana diketahui dia mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin negara tersebut.


 Ada kemungkinan DSAI akan disabitkan dengan kesalahan meliwat dan dipenjarakan. Sehubungan itu, kemungkinan dia mengatur strategi tertentu untuk melepaskan diri tidak boleh diketepikan. Antara strategi tersebut sebagaimana yang didedahkan oleh the Unspinner adalah seperti berikut :-


 Melarikan diri ke kedutaan asing seperti Kedutaan Turki yang mana sebelum ini dia telah bersembunyi di kedutaan tersebut semasa laporan polis pertama dibuat keatasnya oleh Mohd Saiful Bukhari iaitu mangsa liwat,


 Melarikan diri ke luar negara sebagaimana yang dilakukan oleh Thaksin Sinawarta, bekas Perdana Menteri Thailand;


 Mewujudkan suasana huru-hara dengan membangkitkan kemarahan rakyat menerusi demonstrasi jalanan sepertimana yang berlaku di Thailand. Trend yang sama pernah berlaku sebelum ini seperti perhimpunan Baju Kuning [BERSIH] di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat;


 Paling serius adalah rancangannya membangkitkan kemarahan penyokong berbangsa India dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya melalui insiden kemalangan jalan raya sebagaimana yang dibincangkan semasa perjumpaan bersama pemimpin PKR India di Ibu Pejabat PKR pada 2 FEB 2011


 Tujuan Saya membuat laporan polis ini adalah untuk mendesak pihak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan passport antarabangsa DSAI bagi mengelakkan dia melarikan diri ke luar negara untuk menjadi pemimpin buangan. Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh DSAI kepada rakyat jika ada sesuatu perkara buruk berlaku ke atasnya. Umum mengetahui, sebelum ini DSAI pernah beberapa kali membuat penipuan kepada rakyat dengan mendakwa dia telah diracun dengan arsenic, aids dan sakit tulang belakang [slip disc]. Tujuannya adalah untuk meraih simpati kerana sedar tidak dapat lari daripada pertuduhan liwat yang sedang dihadapi. Sekian.

Ulasan:
Wow! Jika dikaji dari setiap point-point di atas, jelas menunjukkan memang ada kebenarannya. Anwar Al-Juburi bebas ke luar negara sedangkan beliau sedang menghadapi perbicaraan. Jika bukan Anwar Al-Juburi..confirm passport antarabangsa kita dah dipegang! Jika nak dibuat perbandingan, apalah besar sangat kes peminjam-peminjam wang PTPTN ditahan passportnya jika hendak dibandingkan dengan kes perbicaraan Anwar Al-Juburi.


[Pendedahan Unspinners]
Dari satu sudut lain pula, asam merasakan..Malaysia telah banyak diadakan demonstrasi jalanan. Acap kali apabila demonstrasi jalanan diadakan oleh Pembangkang, sudah pasti akan berlaku kerosakan harta benda awam, vandalisme dan lain-lain musibah. Well..ini sekadar pemikiran asam yer..tak mustahil setiap demonstrasi yang diadakan oleh puak Pembangkang adalah merupakan latihan praktikal bagi kepala-kepala demonstrasi bagi membiasakan diri dengan senario demonstrasi yang bakal dibuat seperti dalam perancangan rapi diatas.


Bagi asam, Anwar Al-Juburi jenuh memekik-melolong mengenai KETERBUKAAN dalam kepimpinan namun, mengapa beliau meminta perbicaraan beliau diadakan secara tertutup? di mana keterbukaannya? Jika beliau yang menjadi mangsa asam bolehlah faham tapi ini dia yang tertuduh! 


Apa-apa pun..asam puji sikap Saudara Armand yang berani tampil ke hadapan bagi menyelamatkan Malaysia dari manusia yang bernama Anwar Al-Juburi. Kita seharusnya bijak menyelami kronologi perbicaraan Anwar Al-Juburi. Tangguh-menangguh sehingga beberapa tahun..dengan sumpah yang tak berani dibuat oleh Anwar Al-Juburi dan pelbagai lagi sebab yang tak munasabah! 


Pihak berkuasa Malaysia HARUS mengambil tindakan yang bijak dengan meminta passport Anwar Al-Juburi bagi mengelak beliau melarikan diri ke luar negara. Jika ini tidak dibendung, tidak mustahil bagaimana yang terjadi di Mesir, Thailand..PASTI akan berlaku di Malaysia! 


Live Ketua Wira Perkasa Malaysia Sdr. Armand 

Nota Kaki:
Jika berlaku chaos seperti di Mesir..sapa yang rugi? Rakyatkah atau Anwarkah?
Pakcik yang baring atas jalan dulu pasti seronok pasal dapat baring atas jalan lagi kan? 
Anwar mungkin sedap di luar negara..Rakyat Pembangkang yang terpaksa bertempur..fikirkan !

Be Wise Malaysians!

No comments:

Post a Comment