Post kali ini bukan mengenai politik. Post kali ini mengenai keselamatan pengguna S.A.R. Ittifaqiah & juga pengguna padang bolasepak bersebelahan S.A.R. ini iaitu padang yang dikenali sebagai padang kokak.
Sekolah Agama Rakyat Al-Ittifqiah terletak di ss5D, Kelana Jaya. Sekolah ini diwujudkan bagi mendidik kanak-kanak mengaji Al-Quran dan juga asas mengenai agama. Apa yang tak kena dengan S.A.R. ini yer?
Anda nampak bumbung tersopek itu? Bumbung sekolah agama ini telah tersopek akibat dari kejadian ribut beberapa bulan yang lepas. Namun sehingga ke hari ini, masih tiada pertubuhan amal mahupun badan-badan NGO yang tampil untuk membantu menyelesaikan masalah kecil ini. Blogmaster ada bertanya pada AJK Surau Al-Ittifaqiah mengenai permasalahan ini dan menurut Pengerusi Surau tersebut, mereka tidak mempunyai peruntukan untuk membaiki kerosakan tersebut.
Bayangkan jika pelajar-pelajar di atas itu anak anda. Sedang mereka bergurau senda sesama mereka sambil menanti bermulanya kelas agama mereka, tiba-tiba bumbung yang sopek itu melayang mengenai mereka. Bukankah itu pasti akan mendatangkan kecelakaan pada kanak-kanak yang tidak bersalah ini?. Dimana keprihatinan ADUN Seri Setia? di mana hero-hero politik yang kononnya membela masyarakat ? Dimana Ketua Kejiranan ss 5D? Apakah mereka hanya akan membantu bila ada manusia terputus kepala akibat bumbung ini?
Jelas kelihatan keadaan bumbung sopek itu dari jauh. Di bersebelahan S.A.R. ini pula ada sebuah padang bolasepak yang dikenali penduduk sebagai padang kokak. Hampir setiap petang, ada yang bermain bola, ada yang bermain bersama anak-anak mereka malah ada yang bermain layang-layang. Bukankah keadaan ini membahayakan keselamatan mereka?
Ulasan:
Blogmaster bukan Pro pada mana-mana pihak pada posting kali ini. Blogmaster mementingkan keselamatan warga-warga yang berada berhampiran kawasan S.A.R. ini. Jangan kita menyesal bila keluar di dada-dada akhbar berbunyi "Kanak-kanak putus kepala akibat bumbung S.A.R. yang tidak dibaiki". If you think you're Juara Rakyat, now's the time!.
NIK NAZMI..Where the fCuk are you?
Loh Gwo Bourne..Stop snappin' pictures PLEASE !
LAMA TAK DENGAR CERITA BRO ... MANTAP ARTIKEL NAMPAK! KASI BELASAH JER ADUN TUH!
ReplyDelete