About

Monday, April 22, 2013

PRU13 - Sekali ditipu tak mengapa, kedua kali ditipu bodoh namanya..

Salam Rakyat Malaysia..

Kini kita disajikan dengan situasi berpilihanraya. Calon-calon baik dari Barisan Nasional, pembangkang malah calon bebas kini sedang sibuk ke hulu-hilir meraih hati pengundi. Bagi rakyat, inilah masanya permasalahan kita akan didengari, permintaan kita mungkin akan ditunaikan tanpa perlu prosedur, waimah apa sahaja yang kita cakap sudah pasti calon-calon akan tumpukan pendengaran dan penglihatan bagi membuktikan keprihatinan mereka atas alasan merekalah pembela rakyat yang sebenar..

Kali ini In Sya Allah dengan izinNya, asam bakal mengundi buat kali ke-4. Asam tidak berniat untuk mempengaruhi sesiapa dalam nak memangkah siapa pada hari mengundi nanti cuma ingin meluahkan sedikit pandangan yang bermain-main dalam kotak fikiran..
Lahad Datu..

Bumi Lahad Datu seawal bulan Febuari 2013 telah tercalar dengan pencerobohan tentera Sulu. Boleh dikatakan dari kaca televisyen hinggalah ke dada-dada akhbar baik akhbar konvensional ataupun akhbar digital sarat dengan maklumat kemaskini mengenai pencerobohan Lahad Datu. Peristiwa berdarah selama hampir sebulan ini telah meragut nyawa 10 orang wira negara dalam mempertahankan institusi keselamatan negara. Sedangkan kita di semenanjung pun terasa kesedihan, kerisauan, kemarahan..apatah lagi mereka yang bermastautin di sana. Rumah mereka hancur musnah, ternakan mereka habis disembelih, ladang mereka terbakar akibat dari pertempuran diantara penceroboh Sulu dan anggota keselamatan..
Kelihatan penduduk Kampung Tanjung Labian berjalan kaki keluar dari kampung mereka pada hari keenam Op Daulat di sini, hari ini. Tidakkah jika ini berlaku kepada kaum keluarga kita, apa perasaan dan tindakan kita? Semua keperluan sekeluarga termasuk barang berharga disumbat dalam kereta sorong sambil ditindih dek anak yang menyusu keletihan..rumah yang sekian lamanya diduduki terpaksa ditinggalkan atas sebab keselamatan..
Ada yang mengatakan ini semua adalah sandiwara pihak tertentu. Malah ada pula yang mengatakan ini strategi Pilihanraya ke-13. Malah dakwaan ini disebarkan secara meluas melalui media sosial dan juga pentas-pentas ceramah memburuk-burukkan kerajaan & anggota keselamatan. "Ini konspirasi Umno! Ini taktik Barisan Nasional!", kata mereka. kedua-dua pihak cuba mengaitkan siapa dalang sebenar dalam insiden pencerobohan ini. Pembangkang menuduh bahawa PM Najib adalah dalangnya dengan mengemukakan gambar salah seorang pemimpin Filipina hadir dalam majlis keramaian PM Najib. Apabila diselidik rupanya pemimpin itu adalah bukan pemimpin Sulu. Kenapa harus dicipta fitnah sebegini?
Penyokong kerajaan pula mengemukakan bukti-bukti dari posting portal antarabangsa mengatakan hasil risikan antarabangsa, Anwar telah berjumpa dengan Misuari (pemimpin Sulu yang sebenar) beberapa bulan sebelum tragedi Lahad Datu. Malah Anwar siap bernyanyi di pentas-pentas ceramah dengan lirik "kenapa Najib goyang, Sabah nak hilang". Begitu banyak fakta bertulis, risikan antarabangsa membuktikan ada tangan ghaib yang membiayai tentera Sulu ini sehinggakan keluarga Kiram yang dahulunya kelihatan daif, sudah mampu menyewa jet peribadi bagi hadir untuk persidangan media yang diadakan. Dari mana datangnya 'kewangan' itu?

Banyak lagi yang hendak ditaip mengenai Lahad Datu ini namun bukan itu yang asam nak ketengahkan disini. Apa yang hendak dikaitkan disini adalah, 10 anggota keselamatan negara kita telah pergi buat selama-lamanya..anak sudah kehilangan bapa, isteri telah kehilangan suami tercinta, ibubapa telah kehilangan anak tersayang..masihkah ada sekelumit dalam akal kita untuk berfikir, bagaimana perasaan mereka kini? bagaimana mereka meneruskan hidup tanpa orang tersayang mereka? Ya, kita berasakan merekalah wira negara tapi sejauh mana kita menyanjungi pengorbanan mereka..
Kini, kedua-dua pihak yang saling menuduh satu sama lain sebagai dalang insiden Lahad Datu sedang berusaha meraih undi anda semua..mereka datang membawa pelbagai janji serta manifesto mereka. Didalam manifesto itulah janji setinggi langit ditulis semata-mata untuk mendapat undi anda semua..pelik! Manifesto 2008 tidak tertunai malah dinyatakan "Manifesto bukan Janji" oleh orang mereka sendiri. Kini mereka hadir menabur lagi Manifesto baru untuk 2013 pada rakyat yang telah ditipu hidup-hidup mereka selama 5 tahun.
Asam yakin sudah ada diantara kita tidak lagi teringat butiran mengenai Lahad Datu. Malah ada yang lemas dalam janji-janji manis Manifesto Bukan Janji itu. Cuma..berfikirlah, berfikirlah secara tenang dan waras, jika ada dikalangan ahli keluarga kita yang terkorban dalam tragedi sebegini..

mahukah anda memilih parti yang hanya pandai menuding jari kesalahan pada orang lain untuk melepaskan tengkuk sendiri? 
mahukah kita mempercayai kata-kata parti yang 2008 sudah menipu kita bulat-bulat dalam hal kebajikan rakyat? 
mahukah kita merisikokan kehidupan anak-anak kita dengan parti yang penuh dengan masalah moral untuk memerintah negara? 
mahukah kita campurtangan asing dalam kehidupan kita di Malaysia yang penuh dengan sopan dan kesusilaan? 
mahukah kita sebagai Melayu yang beragama Islam berkongsi kalimah Allah dengan penganut agama yang lain?
mahukah kita melihat kalimah ALLAH terpampang didalam kitab-kitab agama selain agama Islam?
mahukah kita menggadaikan keselamatan negara kita ke tangan parti yang membiayai pencerobohan Lahad Datu?
mahukah kita selaku ibubapa akur dengan arahan parti yang mahu kebebasan beragama pada anak-anak kita?

Fikirkan, renungkan, takrifkan..kuasa penentu ditangan kita wahai rakyat Malaysia. 2008 kita tersilap tidak mengapa kerana kita mahu mencuba dan kita sudah ketahui kemampuan mereka memerintah hanya setakat air liur dan tiada pembaharuan..jangan kita ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua kerana hanya orang yang bodoh mengulangi kesilapan yang sama berulang-ulang kali..negara Malaysia sudah sedia aman dan harmoni, kenapa perlu diUBAH?





2 comments:

  1. BN menepati janji!
    PR mungkiri janji!

    ReplyDelete
  2. Awat Sulu byk ahli UMNO..jgn goreng lebih...pikir sikit..

    ReplyDelete