HKR: Himpunan Untuk Sokong Kristian Guna Kalimah Allah Dalam
Bible
DAP berhak berasa bangga, begitu juga para paderi dan gereja
Kristian juga berhak untuk berasa lega dek kerana usaha dakyah mereka mahu
menodai kalimah Allah s.w.t melalui PR hanya menerima sedikit saja tentangan
dari PAS.
Untuk itu, wajarlah Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah
atau lebih dikenali sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium
Merdeka Sabtu nanti menjadi platform rasmi bagi PR bagi meraikan kejayaan
menodai kesucian kalimah Allah s.w.t.
Himpunan yang mensasarkan kehadiran sejuta orang peserta ini
sudah pun mendapat kebenaran pihak pengurusan Stadium Merdeka. Entah bagaimana
para pemimpin PR mahu menyumbat keseluruhan 1,000,000 orang manusia ke dalam
stadium yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang sahaja, sukar untuk difikirkan.
Mungkin mereka akan menggunakan kaedah mantik ala tin
sardin, biar padat bertindih depan belakang atas dan bawah, seandainya ada yang
mati sesak nafas atau panik, itu belakang kira, yang utamanya sejuta manusia
mesti disumbat masuk ke dalam stadium tersebut.
Dalam pada itu, sebelum ini Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz
Haron Din pernah menyatakan adalah kufur jika orang Islam menyokong kalimah
Allah digunakan oleh Kristian, namun pendirian itu tidak berbekas pun di hati
sebahagian pemimpin dan penyokong PAS.
Paling penting, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah kecut
telurnya digenggam geng Anwarinas dan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat
yang pernah dianggap sebagai nabi baru oleh ustaz kebudak-budakan pro PAS pun telah
bersetuju.
Dengan bermodalkan alasan ia membuka ruang dakwah kepada
orang bukan Islam sudah cukup utuh bagi PAS bersetuju dengan dasar PR
membenarkan orang Kristian menggunapakai kalimah suci Allah s.w.t.
Padahal, hakikatnya sepanjang PAS bersama DAP dan PKR, fakta
menunjukkan PAS yang terlebih-lebih kencang dengan hasutan dakyah Kristian dan
pluralisme yang sudah lama sebati dalam
DAP & PKR.
Soal mudarat yang meluas hasil dari kesanggupan PAS
menggadaikan kalimah Allah s.w.t dan kesan dari penggadaian kalimah Allah s.w.t
bakal menyebabkan kebesaran Allah s.w.t kelihatan setaraf dengan konsep
ketuhanan trinity Kristian, pada pandangan PAS itu hanya soal remeh temeh.
Begitu juga perihal setiap tahun hampir dua juta orang Islam
di Indonesia menukar agamanya kepada kepercayaan Allah itu Jesus gara-gara
kitab Bible versi Bahasa Indonesia juga bukannya satu keutamaan untuk PAS
fikirkan.
Yang terpenting sekarang PAS sudah nekad untuk bersama-sama
DAP dan PKR bagi menjayakan agenda liberalisme dan pluralisme, dengan demikian
kesungguhan untuk menjayakan Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah hujung
minggu nanti amatlah dituntut dari para penyokong PR beragama Islam.
Ayuh semua, Sabtu nanti jangan
lupa. Bawa segala anak pinak, pak menakan kaum keluarga, sama-sama kita jayakan
Himpunan Menyokong Gadaian Kalimah Allah demi membuktikan kebenaran slogan PAS Untuk Semua.
Itu pun kalau anda sanggup dan redha kesucian kalimah Allah
s.w.t terus dinodai, serta agama Islam dan akidah umatnya diperkotak katikkan
oleh PKR dan DAP yang wataknya menyamai perangai Yahudi dan Nasrani.
Jika tidak demikian, penuhi saja waktu hujung minggu bersama
keluarga, nescaya selamatlah kita dari dipalit kemurkaan Allah Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment