About

Monday, July 11, 2011

Tahniah..Melayu Ungguli Carta !

salam seDunia..


Melayu..bangsa yang satu ketika dahulunya gah di persada dunia. Kehebatan Melayu dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia. Melayu terkenal dengan keberaniannya, Melayu hebat dengan pelayarannya, Melayu terkenal dengan adab sopan-santunnya, Melayu hebat dengan budi bicaranya.
Tak perlu rasanya asam menceritakan sejarah Melayu pada semua memandangkan kita semua sedia maklum akan kewujudan Melayu sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga ke hari ini. Namun apa yang hendak asam ketengahkan adalah kemana perginya Melayu itu? Apakah masih wujud Melayu sebegitu? 


Jika dilihat senario hari ini bangsa Melayu itu masih lagi hebat. Melayu hari ini hebat kerana Melayu itu sendiri telah terbahagi kepada beberapa jenis Melayu. Melayu hari ini juga sangat hebat kerana telah berjaya menjerumuskan diri sebagai keldai bangsa-bangsa asing. Melayu hari ini telah diperkudakan oleh bangsa asing bukan sahaja dari segi politik, malah hampir dari setiap sudut!.
Melayu diperkudakan oleh kartel DADAH sehingga tertangkap menyeludup dadah..
Melayu ungguli carta sebagai  kaum yang paling ramai terlibat dengan najis dadah!
Melayu juga tertipu dengan bujuk rayu jejaka Lombok sehingga sanggup derhaka pada keluarga sendiri..
Melayu hari ini berani menukar agama semata-mata kerana CINTA dunia..
Melayu acap kali memasuki kaca televisyen dengan kes rogol, bunuh, ragut dan pelbagai kes lagi..
Melayu membanjiri pusat-pusat hiburan untuk mabuk, bersekedudukan dan berpesta !
Melayu ungguli carta dalam kes pembuangan bayi !
Melayu ungguli carta sebagai pelumba-pelumba haram di jalan-jalan raya ..
Melayu ungguli carta sebagai bangsa paling mudah dibaruahkan dalam kancah politik..
Bagaimana ini semua boleh terjadi?


Apakah ia disebabkan Melayu itu terlalu hebat? Atau apakah Melayu itu mudah LUPA?  Atau Melayu itu masih mengganggap mereka sebagai Tuan Tanah di bumi Malaysia ini? Atau Melayu itu sendiri telah dijangkiti penyakit WAHAN? Atau Melayu hari ini telah berjaya dijinakkan dengan DUIT?


Ketentuannya disini Melayu telah berjaya memonopoli semua yang tertera di atas. Memang ada juga bangsa lain terlibat namun jumlah bangsa lain yang terlibat adalah amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan bangsa Melayu. Apakah bangsa Melayu hari ini tidak mempunyai sensitiviti untuk membela bangsa sendiri?
Sudah ramai menyuarakan supaya Melayu itu bersatu namun usaha ke arah itu disambut suam oleh Melayu itu sendiri. Dengan senario politik Malaysia kini, Melayu dilihat telah terbahagi kepada 6 golongan. Bukankah lebih BAIK jika Melayu itu dapat bersatu dibawah satu panji..satu matlamat..satu PERJUANGAN..
Melayu yang satu ketika dahulu dihormati kini semakin hari semakin hilang..sedarlah Melayu! Jika bumi Malaysia ini jatuh ke tangan bangsa lain, kita tiada tempat lain yang hendak dituju..fikirkanlah!


Melayu Jangan Mudah Lupa!
Melayu Jangan Jadi Barua Bangsa Lain!

5 comments:

  1. salam ziarah

    jom ke blog buaya dan jadi follower sekali k

    ReplyDelete
  2. bangun lah melayu...melayu akan hilang ddunia sekiranya lalai dgn serangan2 bkn melayu....bangunlahhhh......bangunlah untuk anak cucu kamu....

    ReplyDelete
  3. melayu la sgt..org melayu mcm yahudi berlambak..

    ReplyDelete
  4. . Argentina. Memang pendidkan di negara berkenaan percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja. Tetapi, terdapat banyak kos tersembunyi di negara berkeaan seperti pelajar harus membayar kos pengakutan dan pelbagai kos-kos lain yang mengarut. Pemberian biasiswa di negara berkenaan yang tidak sama rata sebenarnya telah mengabaikan golongan yang berpendidikan rendah untuk masuk ke dalam universiti. 9 daripada 10 pelajar yang memasuki universiti di Argentina datang daripada golongan kaya.

    2. Negara dunia ketiga seperti Sri Lanka dan Mauritius mengamalkan pendidikan percuma?

    Sebelum nak bercakap mengenai Sri Lanka, fahamkan dulu sistem pendidikan mereka. Hanya 10 peratus sahaja mereka yang layak memasuki university, selebihnya akan terpiggir. Inilah harganya yang perlu dibayar. Mengenai soal Mauritius, hanya orang bodoh sahaja yang membandingkan Malaysia dengan Mauritius. 1,286,340 merupakan jumlah rakyat di sana. Negara mereka pula kecil dan pengajian swasta cuma menjalankan kelas pada hari minggu sahaja memandangkan jumlah pelajar di sana sangat kecil. Jadi, buat apa nak bandingkan epal dengan durian? Sangat tidak adil bukan?

    3. Brazil. Ya, pendidikan mereka percuma, tetapi, nah, ambil ni:

    "Brazil is known for charging a high tax burden from its citizens and companies established. We will provide an overview of the most common taxes in Brazil, dividing them into Federal, State and Municipal taxes." Rujuk link pada komen saya dibawah.

    " Everyday taxes in Brazil: IPVA, IPTU and IPTR!"

    4. Bandingkan dengan negara kaya pula? Berapa kerat negara kaya yang ada sistem pendidikan percuma? Denmark? Kadar cukai di negara berkenaan merupakan yang paling tinggi di dunia. Kita perlu bayar untuk sesuatu yang percuma.

    5. Turki? Sistem pendidikan negara kita tak ubah macam negara mereka.Turki hanya menawarkan pendidikan percuma pada peringkat sekolah rendah dan menengah daripada gred 1 sehinggalah 12. Serupa dengan negara kita, pendidikan percuma di Malaysia ditawarkan daripada darjah satu sehinggalah ke tingkatan 6 sebenarnya. Dan Malaysia hanya mengenakan 10% bayaran untuk pendidikan tertiaty (universiti, kolej) dengan 90% disubsidi kerajaan.

    6. Finland? Saya dah cakap, jangan buat perbandingan epal dan durian. Kita buat sedikit analisis pasal negara Finland. Finland mempunyai 169, 000 orang pelajar dan Malaysia mempunyai 508,256 pelajar yang belajar di IPTA (IPTA sahaja, tidak termasuk IPTS lagi). Malaysia sebenarnya memberikan subsidi sebanyak 95 % daripada yuran pengajian sebenar di IPTA. Pelajar hanya membayar 5 % sahaja. Cukai pendapatan di Finland mencecah 50 peratus ke atas manakala Malaysia hanyalah mencecah 26 peratus maksimun. Dan, kenapa tergamak kalian bandingkan epal dan durian?

    Negara-negara yang dibangkitkan oleh Bawini sebenarnya kaya dengan inflasi. Ambil contoh Argentina sudah cukup. 38 peratus inflasi untuk 2 tahun kebelakangan ini. Barang naik sikit kat Malaysia pun dah bising, dan hanya kerana pendidikan percuma, apakah sudah bersedia rakyat Malaysia untuk menghadapi cukai yang tinggi?

    ReplyDelete
  5. Jom sama-sama buat duit di http://www.moneyclub2u.com/manchikbiz, dan naikkan bangsa kita

    Careline

    ReplyDelete