About

Wednesday, March 7, 2012

Appreciation for the Unsung Heroes...nice!



Jemputan kepada semua pengamal media siber yang berkelapangan untuk hadir ke Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Negeri Sabah. Satu program pengkhususan bagi menghargai wira-wira alam maya. Pelbagai pengisian bakal dikongsi bersama ke arah kemenangan Barisan Nasional di Pilihanraya Umum ke-13. 


Perbincangan pelbagai topik seperti isu semasa, isu agama, isu politik, isu ekonomi dari tokoh-tokoh akademik masa kini. Forum terbuka mengenai isu semasa Sabah. Penyerahan deklarasi para pejuang maya menyatakan satu resolusi tetap utuh menyokong Barisan Nasional dalam memacu halatuju Sabah ke arah yang lebih maju dan berdaya saing.


Juga tidak dilupakan, cabutan bertuah kepada para peserta Konvensyen sepanjang program.


Ayuh bah, sertai kami! Pertahankan Sabah dari diporak-perandakan pembangkang!




Nota Kaki:
Fuhh..satu program penghargaan kepada ribuan pejuang maya khususnya dari Sabah. Diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan jaya. Tunggu apa lagi bah? Inilah masanya untuk kita bersemuka dengan tokoh-tokoh bagi membincangkan, berdialog dan mendapatkan maklumat terkini mengenai isu-isu semasa negeri Sabah mahupun Nasional. 


Bagi yang ingin menghadiri Konvensyen ini, anda boleh menyatakan kehadiran anda melalui 
Facebook RSVP: KLIK SINI 
Facebook Page SKMS1M: KLIK SINI

Psst...bertuahlah sapa yang dapat cabutan bertuah tu! 

1 comment:

  1. Salam Tuan,

    Mohon izin utk pautkan blog saya di sini. Link blog saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com.

    p/s : blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Sekian. t. kasih. Slmt berjuang ~ IBM

    ReplyDelete