Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengakui dan mengesahkan pendedahan tiga pucuk surat kepada pengurus dana Yahudi itu ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Surat yang didedahkan itu tidak pun menimbul kontroversi, malah akhbar arus perdana itu hanya memetik dari laporan blog yang juga milik pro Umno.“Malah kandungan surat tersebut adalah di mana Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil.“Serta menyeru NED iaitu sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil,” katanya seperti dilaporkan KeadilanKini.
NED bukan hanya sebarang agensi dwi parti untuk mempromosi demokrasi tetapi agensi yang mempunyai kaitan dengan CIA dan rangkaian kuasa Yahudi Zionis di Amerika. Lihat kembali gambarajah berikut:
NED adalah badan sayap yang menjalankan kerja-kerja rahsia yang pernah dijalankan oleh CIA untuk menjatuhkan negara asing.
Demikian juga yang dikatakan oleh Dr Mahathir mengenai NGO asing membantu mahu menjatuhkan kerajaan dan melakukan 'regime change."
Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia memperakui tiga pucuk surat yang bertanda tangan Anwar yang dihantar kepada dua pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).
Dua pucuk surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA syarikat milik Anwar berpengkalan di AS ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.
Untuk penjelasan lebih lanjut: Klik Sini!
No comments:
Post a Comment