About

Wednesday, March 28, 2012

Apa hukum berdoa kepada Allah s.w.t. untuk 'Selamatkan Tokong Buddha'?


Gambar diatas menunjukkan Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin sedang membacakan doa bagi menyelamatkan Tanah Warisan Bangsa dalam siri jelajah Warisan Pertubuhan itu di sekitar Kuala Lumpur. Doa itu dilakukan bagi menyelamatkan Tokong Mee Thor Gan di Ampang. 


Ulasan:
Berpolitik biarlah matang..
Jangan dek kerana mahu kejarkan undi bukan Melayu, sehingga sanggup menggadaikan ISLAM itu sendiri..
ISLAM itu mudah pemahamannya..


buat yang 5..yakin yang 6!

Tidak perlulah asam tampilkan hadis-hadis bagi mengukuhkan lagi posting kali ini memandangkan orang-orang PAS lebih 'memahami' hukum-hakam agama sehingga sanggup menggelar orang UMNO yang SAH agamanya ISLAM itu kafir, jahiliyah dan bermacam-macam gelaran lagi..walhal Tuhan yang kita sembah adalah Tuhan yang sama! 

Kalau Saidina Umar Al-Khattab r.a sendiri pun bersolat di luar sebuah gereja di Baitulmaqdis ketika Khalifah Ar-Rasyidin kedua itu melawat Tanah Haram itu biarpun Al Quran membenarkan sembelihan dan perkahwinan dengan wanita-wanita Ahli Kitab, atas dasar apa pula alasan yang bakal diberikan oleh Ishak Surin ketika dia berdoa dan mengaminkan doa di dalam sebuah tokong yang terang-terang menyengutukan Allah S.W.T. dengan pelbagai patung dewa?

Nota Kaki:
Dari Ishak Surin doa selamatkan rumah berhala, adalah SEJUTA lebih baik jika Ishak Surin mendoakan agar seluruh umat ISLAM baik di Malaysia mahupun didunia ini agar Bersatu!. Atau berdoalah agar Wali Selipar diberi hidayah dan petunjuk bahawa tiada gunanya bersekongkol dengan DAP yang secara terangnya cuba menghapus Melayu dibumi Malaysia ini.

Sumber: KLIK SINI

2 comments:

  1. ni yg hasan ali dok marah ni...mana letaknya akidah kamu...pada buddha kah atau to'kong buddha kah...adakah jatuh murtad si ishak surin....ini kes berat ni....puih puih puih

    ReplyDelete
  2. YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM..KEMBALIKANLAH AHLI-AHLI PAS INI KE JALAN YANG BENAR. BUAKKAN PINTU HATI MEREKA YA ALLAH..BERIKANHIDAYAN DAN RAHMATNU KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA INI.AMIN YARABBAL ALAMIN.

    ReplyDelete