About

Monday, January 9, 2012

"Saya tidak sanggup", kata Dr. Hassan Ali..



Sekitar jam 9.30 malam tadi, satu sessi penerangan Dr. Hassan Ali mengenai isu pemecatan beliau telah diadakan di kediaman beliau. Antara penerangan beliau sedikit sebanyak telah menyentuh prinsip perjuangan beliau dan perjuangan asal PAS yang satu ketika dahulu telah menjadi tonggak perjuangan PAS iaitu menegakkan ISLAM. 
Beliau menyingkap kembali selama 15 tahun beliau bersama PAS, Almarhum Fadzil Noor telah banyak mendidik dan membimbing beliau dalam kancah dunia politik. Perjuangan PAS yang dahulunya siang malam pagi petang memperjuangkan ISLAM telah menarik minat beliau untuk turut serta. Kini perjuangan PAS telah jauh tersasar.

Beliau mempersoalkan, Allah swt. telah mengizinkan PAS untuk memerintah Selangor bersama Pakatan Rakyat namun tanggungjawab bagi menggalas perjuangan menegakkan ISLAM masih tiada siapa yang berani menggalas. Beliau memberitahu beliau bersama rakan-rakan PAS telah melihat anak-anak muda Melayu mabuk akibat air arak malah anak-anak Melayu jugalah yang tertangkap di hotel-hotel murahan dalam serbuan-serbuan yang dilakukan JAIS. Sehinggakan pendakwahan Kristian ke atas umat ISLAM di Selangor telah sampai ke tahap merbahaya. Bayangkan jika ada anak-anak kita mati tanpa kalimah syahadah. Maka dengan itu, saya terpanggil untuk bangkit menyelamatkan akidah umat ISLAM khususnya di Selangor. Beliau bertanyakan siapa lagi didalam PAS yang sanggup menggalas tugas ini? 

Beliau kecewa usaha murni ini tidak mendapat sokongan dari ahli PAS sendiri malah menyekat dan mendapat tentangan. Lebih menyedihkan sebab sebenar Dr. Hassan Ali telah dipecat adalah kerana Anwar Ibrahim. Beliau memaklumkan beliau tidak mahu Anwar Ibrahim mengheret rakyat supaya menjunjung perjuangan kotor Anwar Ibrahim. Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak sanggup untuk turut bersama dalam perhimpunan pagi ini kerana tidak mahu menggalas perjuangan jijik manusia bernama Anwar Ibrahim. 
Dr. Hassan Ali secara sinis menyatakan Hadi Awang lebih 'bersih' untuk dijadikan Perdana Menteri dari Anwar Ibrahim yang sememangnya kotor. Sambil berseloroh beliau berkata beliau belum pernah jumpa manusia yang masih mahu menjadi Perdana menteri walaupun di dalam penjara. Atas dasar itulah Dr. Hassan Ali telah dipecat dari PAS. yang paling mendukacitakan beliau adalah, Timbalan Presiden Pakatan Rakyat mendesak agar PAS memecat beliau. 

Akhir kata beliau, apa pun natijahnya samaada beliau digugurkan dari PAS, dipecat dari PAS, dimansuhkan jawatan Exco PAS..perjuangan hanyalah menegakkan agama ISLAM.
Nota Kaki:
Dengan pemecatan Dr. Hassan Ali dari parti PAS, maka seorang lagi manusia yang benar-benar memperjuangkan ISLAM dibuang dari parti yang bernama Parti Islam Semalaysia atau PAS. Kelakar bukan,  parti yang memperjuangkan ISLAM telah memecat ahlinya yang benar-benar memperjuangkan ISLAM

Apakah mungkin PAS bertindak sedemikian bagi membuktikan PAS sekali lagi layak digelar Parti Anjing Suruhan? Atau mungkin PAS bertindak sedemikian kerana perlakuan Dr. Hassan Ali selama ini telah banyak menyusahkan DAP Selangor? Atau mungkin PAS mahu membuktikan bahawa mereka juga mahu mengejar jawatan Ketua Umum dengan memecat Dr. Hassan Ali? 

Apa pun spekulasinya..asam boleh menyimpulkan disini, KAFIR sekali lagi telah berjaya memecah-belahkan umat ISLAM di dalam PAS yang terdiri dari kumpulan Ulama' dan Kumpulan Atarturk. Siapa ejen KAFIR a.k.a DAP di dalam PAS, anda nilaikanlah sendiri.. 



No comments:

Post a Comment