Salam Jumaat..
Pemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 yang bermaksud;
“Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.
Islam memandang isu kepimpinan suatu perkara yang amat besar. Beberapa nota penting yang perlu kita ketahui berkaitan kepimpinan iaitu :
- Islam menganggap setiap individu adalah pemimpin sama ada pemimpin masyarakat, persatuan dan sebagainya.
- Sesungguhnya melantik pemimpin adalah tuntutan syariat. Islam menyarankan bagi perkumpulan manusia yang berjumlah tiga orang dan lebih agar memilih salah seorang daripada mereka sebagai ketua. Jelas kepada kita keutamaan melantik ketua dan membentuk organisasi dalam perkumpulan manusia yang ramai adalah penting.
- Hendaklah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin yang jujur dan amanah.
Kepimpinan Islam dalam semua peringkat organisasi hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi ciri-ciri seorang pemimpin yang ikhlas dan bertawakkal kepada Allah. Pemimpin sanggup turun padang bertemu rakyat, melihat sendiri penderitaan, kemiskinan, kesakitan mereka sambil membantu dengan penuh keikhlasan.
Ulasan:
Apa yang tidak dilaksanakan Barisan Nasional selama menerajui Malaysia? Agama Islam dibela, pusat-pusat pendidikan Islam dibangunkan di serata tempat, Pusat Zakat ditubuhkan disetiap negeri bagi membantu golongan-golongan yang layak menerima. Sejajar dengan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum serta kepercayaan agama-agama lain, bantuan juga dihulurkan tanpa ada diskriminasi agama.
Pelbagai perancangan untuk memajukan rakyat, menaikkan taraf kehidupan rakyat, membela rakyat telah disusunatur dengan sebaik-baiknya oleh Perdana Menteri Najib selaku pemegang amanah sebagai pemimpin negara Malaysia. Apa yang boleh diperbaiki sedang diperbaiki malah sistem-sistem yang ada ketika ini sudah diiktiraf diantara sistem yang terbaik di dunia oleh pemerhati-pemerhati antarabangsa baik dari segi ekonomi mahupun perhubungan sesama kaum di Malaysia.
Bagi warga Kelana Jaya khususnya DUN Seri Setia, perancangan yang baik ini diamanahkan kepada Datuk Abdul Halim Samad selaku calon BN N.32 DUN Seri Setia dengan syarat, haruslah mendapat mandat dari undi saudara dan saudari. Menang atau tidak, tiada siapa yang tahu. Apa yang berlegar di kotak pemikiran Datuk Abdul Halim Samad cuma mahu merealisasikan amanah yang dipikul ini agar menepati ciri-ciri pemimpin yang amanah.
Beliau tidak menjanjikan setinggi langit. Hasil dari track record Barisan Nasional selama ini, ternyata lagi terbukti rakyat Malaysia kini telah banyak kemajuan. Ratusan ribu generasi muda kini bergelar golongan professional di pelbagai lapangan dibawah bantuan BN. Kestabilan hidup kini dikecapi oleh semua rakyat tanpa mengira kaum malah kestabilan ini bakal ditambah dengan bantuan Perumahan 1Malaysia bagi yang mahu memiliki rumah dengan harga yang jauh lebih murah dari harga mampu milik RM600,000 kondominium pembangkang.
Keamanan..
Kita tidak dihujani butiran peluru sesat. Tika malam, kita tidur nyenyak tanpa gangguan bunyi jet pejuang berlegar-legar di ruang udara kita. Tiada rusuhan kaum mahupun gerila mengganas di Malaysia. Lahad Datu sudah pulih sepenuhnya. Begitu teliti struktur keselamatan yang dibina oleh Barisan Nasional bagi mendapatkan keamanan total. Memang ada cubaan pembangkang bagi menimbulkan suasana huru-hara dalam siri-siri demonstrasi
mereka seperti Bersih. Adakah dengan terpekik-terlolong, memukul anggota polis, memecahkan harta-benda awam, memaki sana-sini dan pelbagai lagi kemusnahan atas nama keadilan rakyat boleh mencapai keamanan? Anggota polis itu juga rakyat! Peniaga yang terpaksa tutup kedai itu juga rakyat! Pendek kata, pembangkang memilih keganasan untuk keadilan yang secara terangnya berbeza dengan cara Barisan Nasional yang memilih perundingan untuk keamanan.
Kini cuma tinggal 10 hari sahaja lagi untuk anda mengundi. Fikirlah samada anda mahukan kemajuan, kestabilan & keamanan yang kita kecapi selama ini kekal untuk kita dan anak-anak kita ataupun anda mahu merampas itu semua demi menurut nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim dan rakan-rakan Israelnya...walla'hualam
BN Menepati Janji Membawa Harapan
Pembangkang Memungkiri Janji Membawa Kehancuran
#BNBagus #GE13 #BNSelangor