About
Friday, September 28, 2012
Skrip lama bakal diguna semula oleh...
Tarikh Pilihanraya ke 13 masih menjadi misteri. Ada yang berpendapat PRU akan dilaksanakan sejurus selepas kepulangan jemaah Haji, ada juga yang berpendapat PRU bakal diadakan pada musim cuti sekolah. Tak kurang bangangnya, ada juga segerombolan manusia yang menetapkan tarikh PRU sejak dari awal tahun 2012.
PRU 13 bakal membuktikan samada Barisan Nasional masih relevan untuk terus mengemudi Malaysia atau tidak. Kita sediamaklum bahawa pembangkang juga sedang berhempas pulas menjatuh kredibiliti Kerajaan sediada dengan pelbagai isu yang selalunya tidak masuk dek akal. Bagi aku, biarlah tarikh sebenar PRU diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib sendiri. Biarlah persoalan tarikh PRU terus menjadi modal pihak pembangkang dalam meneruskan perang saraf mereka sambil kita di dalam Barisan Nasional terus menabur bakti dan jasa kepada rakyat Malaysia.
Imbas kembali..
Slogan 'Anti Mahathir' suatu ketika dahulu begitu kuat kedengaran. Pelbagai ancaman dan spekulasi riuh diperkatakan. Ada yang sanggup untuk tidak keluar mengundi jika Mahathir masih memegang tampuk pemerintahan negara. Setelah diambilkira, maka Tun Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai PM pada masa itu dan Pak Lah telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5. Skrip yang sama digunakan pada Pak Lah atas kegagalan mengemudi kerajaan dengan baik dan kini tugas Perdana Menteri Malaysia dipikul oleh DS Najib. Harus diingat bahawa DS Najib menyambung amanat menjadi PM akibat dek kegagalan pemimpin terdahulu ketika beliau masih Timb. Presiden UMNO.
Semasa DS Najib menjadi Menteri Pertahanan lagi sudah ada usaha untuk menjatuhkan beliau. Tak cukup dengan usaha pembunuhan karektor kepada DS Najib, isteri beliau DS Rosmah pula diserang sehingga ke hari ini. Paling terbaru, ada usaha untuk mengagalkan usaha Kerajaan Barisan Nasional mendapat 2/3 majoriti bagi PRU 13. 'Winnable Candidate' merupakan kriteria bagi memilih calon Barisan Nasional dan kriteria inilah yang digunakan oleh pihak yang berkepentingan untuk mengagalkan 2/3 itu. Jika taktik mereka menjadi, maka skrip yang digunapakai pada Pak Lah akan digunakan semula pada DS Najib.
Harus diingat, saki-baki totok Anwar masih ada di dalam UMNO sehingga kini. Totok-totok ini juga sedang berusaha untuk memasukkan semula Anwar dalam UMNO. Jelasnya, Anwar hanya boleh menyertai UMNO jika DS Najib sudah undur.
Persoalannya disini..
1. Siapa yang mengetuai gerakan halus ini?
2. Siapa yang bakal mengisi jawatan Perdana Menteri ke-7?
3. Siapa yang benar-benar layak digelar 'winnable candidate'?
p/s: ini baru mukadimah..ada lagi nak dikongsikan bersama...
Labels:
Barisan Nasional,
Melayu Mudah Lupa,
Nadi Rakyat,
Tun Mahathir,
Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment