About

Friday, October 21, 2011

PEDAS !! Lagi Aset PKNS Mahu Dirobek Khalid Gagap!!

'Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah menerima  permohonan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk merobohkan semua kemudahan sukan Gelanggang-Gelanggang Tenis, dewan  dan Padang-Padang Bola di Kelana Jaya, menggantikannya dengan Tujuh Blok Pangsapuri 35 tingkat dengan 413 unit setiap blok, Dua Blok Kompleks Pejabat 10 tingkat dan Kompleks Perniagaan 15 tingkat'.

Pantang Kosong Nak Sapu! Itu antara slogan Rakyat membantah permohonan PKNS kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam bantahan aman yang diadakan penduduk di PKNS SS7 baru-baru ini.


Satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan bagi menyelamatkan Padang PKNS. Jawatankuasa ini telah menyuarakan bantahan kepada MBPJ dan juga kepada Adun Seri Setia (PKR). Jawatankuasa Bertindak juga mengambil tandatangan berbentuk online petisyen dari penduduk khususnya Rakyat Selangor yang bersetuju agar Padang PKNS ini tidak dirobohkan. Bagi yang belum menandatangani online petisyen ini, anda boleh menandatangan di SINI dan petisyen ini akan diserahkan kepada Khalid Gagap supaya mengkaji semula cadangan untuk mengorbankan kawasan hijau Kelana Jaya itu. 


Susulan itu, Adun (PKR) Seri Setia telah memaklumkan dalam laman sosialnya, beliau akan menganjurkan dialog bersama penduduk ss7 bagi mendapatkan penyelesaian mengenai cadangan PKNS itu pada 22hb. Oktober 2011, pada jam 10 pagi bertempat di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS SS7. KLIK SINI
ada lagi LGB ni..aku ingat dah terbang China dah ?
Ulasan:
Masa Kerajaan Barisan Nasional perintah Selangor..aman jer Kelana Jaya ni. Ini bukan kali pertama padang rekreasi di'reformasi'kan menjadi kawasan perumahan. Tadika Pertiwi telah menjadi korban nafsu rakus Kerajaan Khalid Gagap. Tempat yang dahulunya merupakan sebuah Tadika Rakyat, kini telah menjadi teres 2 tingkat! 


Apakah mungkin nasib padang 5C, padang Kokak, padang ABC, padang Sungei Way serta padang-padang lain jika Parti Pembangkang terus memerintah Selangor? Apakah kita mahu anak-anak kita tiada tempat untuk bersukan? Apakah ini yang dinamakan Rakyat Selangor Dibela? Berapa banyak lagi harta Rakyat hendak dikorbankan Khalid Gagap?


Ayuh Rakyat Selangor ! Kita hadap Adun Seri Setia Sabtu ini bagi menyuarakan suara Rakyat Selangor sebenar bahawa kita tidak mahu terus diperbodohkan Kerajaan Pembangkang yang semakin hari semakin nampak keBANGANGannya..

Nota Kaki:
PRU 13..kita pakat Undi Barisan Nasional. Selesai masalah semua! dah terbukti 54 tahun kita hidup aman damai di Malaysia ni...



1 comment:

  1. patutla beria-ia dema nak masukkan cha ya nun alif sbg peneraju PKNS....lubuk betul PKNS ni...strategi pandai betul. sok bila dah naik kondo ramailah lagi pengundi dema. Mampuila puak wakil melayu...dema tu ada Court kecik cukup dah....tak minat bola

    ReplyDelete