About

Wednesday, October 26, 2011

Perutusan Khas Anwar Sempena Deepavali!

Happy Deepavali! 


Pagi ini masyarakat India seluruh Malaysia akan membanjiri Batu Caves dan kuil-kuil hindu mereka. Perayaan Deepavali atau lebih dikenali dengan Perayaan Cahaya kembali lagi menggamit suasana meriah kaum India. Perayaan Deepavali ini secara tidak langsung mewarnai kemeriahan perayaan-perayaan di Malaysia. Dengan sempena itu kepada warga Hindu yang menyambut Deepavali, asam mengucapkan Selamat Hari Deepavali! 


Perutusan Khas Anwar Sempena Deepavali 2011





Janji Pakatan Rakyat Untuk Membela Rakyat.


Kg. Buah Pala. Apakah rakyat Malaysia yang beragama Hindu masih teringat akan kekecohan sekitar tahun 2009 - 2010 mengenai Kg. Buah Pala? Anwar Al-Juburi dalam satu temubual telah berjanji kepada penduduk Kg. Buah Pala bahawa dalam tempoh 2 minggu, isu Kg. Buah Pala akan selesai dan jika ianya tidak selesai, maka jangan panggil dia "Anwar".


Sehingga ke hari ini Pakatan Rakyat masih bersilat mempertahankan bahawa merekalah parti yang memperjuangkan keadilan untuk rakyat..?? anda rasa bagaimana? 

Anwar Ibrahim Putar Alam No. 1 !!
Kronologi Kg. Buah Pala: KLIK SINI

Saturday, October 22, 2011

Berakhirnya satu perjuangan suci..

Alhamdulillah..

Himpunan Sejuta Umat Islam telah berakhir dengan aman walaupun pada awalnya ada cubaan dari pihak yang tiak bertanggungjawap mengedarkan risalah yang berbaur anti Islam.

Diharapkan hasil dari perhimpunan ini maka, akan wujud kesedaran dikalangan umat Islam agar kita dapat bersatu dalam memerangi usaha gerakan pemurtadan orang Islam yang semakin meruncing lewat ini..

Beberapa pemidato hebat telah turut hadir bagi berkongsi pendapat dan idea bagi penyatuan Umat Islam termasuklah penulis sejarah Natrah.

Di akhir program, Dr. Hassan Ali telah melengkapkan himpunan dengan bacaan doa yang sangat ikhlas sehingga ada yang bergenang air mata mengaminkan doa beliau.

Asam puji akan usaha murni para NGO dan badan-badan yang bertanggungjawap yang telah bekerja keras bagi menjayakan Perhimpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah ini. Moga usaha murni sebegini diteruskan dari masa ke semasa..amin

P/s: gambar-gambar sekitar perhimpunan akan menyusul malam nanti..Insyallah
Published with Blogger-droid v1.7.4

Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Aqidah LIVE!

Alhamdulillah..masih ada ribuan umat Islam yang sedar akan hakikat untuk selamatkan aqidah umat Islam hari ini. Namun sayang seribu kali sayang, Perhimpunan aman yang HALAL ini tidak disambut oleh parti pembangkang!

PAS mengatakan tidak relevan untuk hadir ke perhimpunan ini. Bagi mereka jika tiada kepentingan politik maka, tidak perlu untuk hadir..BINAWE BETOL!

Update secara LIVE akan terus diupdate dari masa ke semasa...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Himpun Sejuta Umat LIVE!

Ribuan umat Islam telah membanjiri Stadium Malawati dan terus membanjiri..Himpunan aman ini telah mendapat tentangan dari PAS dengan alasan tiada kepentingan politik!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, October 21, 2011

PEDAS !! Lagi Aset PKNS Mahu Dirobek Khalid Gagap!!

'Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah menerima  permohonan dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk merobohkan semua kemudahan sukan Gelanggang-Gelanggang Tenis, dewan  dan Padang-Padang Bola di Kelana Jaya, menggantikannya dengan Tujuh Blok Pangsapuri 35 tingkat dengan 413 unit setiap blok, Dua Blok Kompleks Pejabat 10 tingkat dan Kompleks Perniagaan 15 tingkat'.

Pantang Kosong Nak Sapu! Itu antara slogan Rakyat membantah permohonan PKNS kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam bantahan aman yang diadakan penduduk di PKNS SS7 baru-baru ini.


Satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan bagi menyelamatkan Padang PKNS. Jawatankuasa ini telah menyuarakan bantahan kepada MBPJ dan juga kepada Adun Seri Setia (PKR). Jawatankuasa Bertindak juga mengambil tandatangan berbentuk online petisyen dari penduduk khususnya Rakyat Selangor yang bersetuju agar Padang PKNS ini tidak dirobohkan. Bagi yang belum menandatangani online petisyen ini, anda boleh menandatangan di SINI dan petisyen ini akan diserahkan kepada Khalid Gagap supaya mengkaji semula cadangan untuk mengorbankan kawasan hijau Kelana Jaya itu. 


Susulan itu, Adun (PKR) Seri Setia telah memaklumkan dalam laman sosialnya, beliau akan menganjurkan dialog bersama penduduk ss7 bagi mendapatkan penyelesaian mengenai cadangan PKNS itu pada 22hb. Oktober 2011, pada jam 10 pagi bertempat di Dewan Sri Nilam, Kompleks Sukan PKNS SS7. KLIK SINI
ada lagi LGB ni..aku ingat dah terbang China dah ?
Ulasan:
Masa Kerajaan Barisan Nasional perintah Selangor..aman jer Kelana Jaya ni. Ini bukan kali pertama padang rekreasi di'reformasi'kan menjadi kawasan perumahan. Tadika Pertiwi telah menjadi korban nafsu rakus Kerajaan Khalid Gagap. Tempat yang dahulunya merupakan sebuah Tadika Rakyat, kini telah menjadi teres 2 tingkat! 


Apakah mungkin nasib padang 5C, padang Kokak, padang ABC, padang Sungei Way serta padang-padang lain jika Parti Pembangkang terus memerintah Selangor? Apakah kita mahu anak-anak kita tiada tempat untuk bersukan? Apakah ini yang dinamakan Rakyat Selangor Dibela? Berapa banyak lagi harta Rakyat hendak dikorbankan Khalid Gagap?


Ayuh Rakyat Selangor ! Kita hadap Adun Seri Setia Sabtu ini bagi menyuarakan suara Rakyat Selangor sebenar bahawa kita tidak mahu terus diperbodohkan Kerajaan Pembangkang yang semakin hari semakin nampak keBANGANGannya..

Nota Kaki:
PRU 13..kita pakat Undi Barisan Nasional. Selesai masalah semua! dah terbukti 54 tahun kita hidup aman damai di Malaysia ni...